BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 6, 2009

kuliah cik zura-10 september 2009

Kuliah pada malam ini mengenai statelit. Dalam penerangan Cik Noorazura, barulah saya dapati rupa-rupanya terdapat pelbagai jenis statelit. Contohnya satelit astronomi, statelit komunikasi, statelit pandu arah dan sebagainya. Statelit-statelit tersebut tersebut mempunyai kegunaannya yang berbeza. Sebagai contoh, statelit astronomi digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain dan statelit komunikasi pula digunakan untuk tujuan telekomunikasi . Siaran radio dan televisyen boleh dipancarkan menggunakan frekuensi gelombang mikro. Kebanyakannya menggunakan orbit geosegerak atau orbit hampir geopegun, walaupun ada yang menggunakan orbit rendah bumi. Cik Noorazura juga memberi satu tugasan kepada kumpulan kami. Iaitu membuat satu pembentangan atau seminar mengenai tajuk yang diperolehi oleh kumpulan masing-masing. Tajuk bagi kumpulan saya ialah K-Ekonomi.

0 comments: